
KUALA TERENGGANU: Terengganu Hijab Day (THD) sambutan bertujuan memberi peringatan khusus kepada kaum wanita untuk menutup aurat mengikut ketetapan Allah SWT.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Islam tidak melarang untuk berfesyen tetapi pakaian yang dipilih dan dipakai perlulah selari dengan tuntutan syariat Islam.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa golongan lelaki juga mempunyai aurat yang perlu ditutup.
“Selain kita perlu berperanan dalam menjaga saudara-saudara wanita dan tidak jemu menasihati mereka dengan penuh berhikmah.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzaab ayat 59:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani,” kongsi Ahmad Samsuri menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Beliau berkata, semoga dengan memakai pakaian yang menutup aurat ini dapat menjadi perisai yang melindungi diri terutamanya para wanita muslimah daripada pandangan yang tidak baik.
“Selamat Menyambut Terengganu Hijab Day 2024 kepada saudara-saudaraku bersempena Hari Hijab Sedunia,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/2/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!