Tidak bermain politik: Kerajaan wajib junjung penuh titah Agong

Afnan Hamimi Taib Azamudden
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, memang sepatutnya semua pihak tidak ‘bermain politik’ di dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

- Advertisement -

Ini, ujarnya seperti titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Penggal Ke-3 Parlimen Ke-5 di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Justeru, kata beliau tindakan politik terhadap para penjawat awam yang kononnya dianggap tidak sebulu dengan aspirasi Kerajaan Madani perlu dihentikan.

“Contohnya tindakan memecat Ketua Pengarah Pelancongan yang berlaku baru-baru ini,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dipercayai tindakan itu bukan sekali, mungkin sudah ada beberapa tindakan ‘politik’ lain yang telah dilakukan terhadap penjawat awam.

Tambahnya, hentikan juga ‘permainan politik’ dengan negeri-negeri di bawah pentadbiran PN.

Katanya, terdapat arahan secara tidak bertulis supaya pegawai agensi persekutuan di negeri PN untuk tidak terlibat dalam mesyuarat dan acara-acara rasmi kerajaan negeri berkenaan.

Ini, tegasnya adalah tindakan politik yang merugikan semua pihak.

“Hentikan ‘bermain politik’ di sekolah-sekolah dan pusat pengajian yang melibatkan pimpinan parti politik kerajaan, manakala pimpinan politik pembangkang pula disekat dan dihalang daripada dijemput ke sekolah dan pusat pengajian tinggi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Alor Setar.

Beliau juga menyeru supaya dihentikan ‘bermain politik’ dengan Ahli Parlimen Pembangkang dengan menyekat peruntukan.

“Nak dapat peruntukan, kena sokong PMX terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh beberapa orang sebelum ini.

“Kedah, Kelantan, Perlis semua beri peruntukan kepada ADUN Pembangkang. Kecuali Terengganu, langsung tak bagi, sebab tiada pembangkang,” ujarnya lagi.

Tambahnya, ‘bermain politik’ dalam isu kritikal negara umpamanya isu Beras Madani yang dilihat tidak ketahuan dan celaru juga perlu dihentikan.

“Isu nilai matawang yang merudum, dan isu kos sara hidup yang kian meningkat. Jawablah secara professional,” katanya.

Beliau turut menyeru kerajaan menunaikan segala janji yang ditabur sebelum ini.

“Jangan jawab macam atas pentas politik. Kamu tu kerajaan, bukan pembangkang. Jangan berpolitik sepanjang masa.

“Jika semua isu utama dan kritikal dapat diatasi; jika Kerajaan Madani menunaikan semua janji; jika Ahli Parlimen Pembangkang dilayan sama rata (seperti manifesto PH) dan diberikan hak yang sepatutnya; jika empat kerajaan negeri di bawah PN dimudahkan semua permohonan projek pembangunan dan dilayan mengikut prinsip federalisma yang sepatutnya; maka tiada masalah untuk kerajaan yang ada ini untuk terus mentadbir sehingga PRU16,” ujarnya lagi.

Tambahnya, perlu diingat, orang yang mengajar tentang permainan politik yang menggugat kestabilan politik negara dahulu, adalah orang yang sama memimpin negara hari ini.

Katanya, Langkah Kajang, Projek 16 September, desak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, dan mendesak Dato’ Seri Ismail Sabri membubarkan Parlimen, semua orang tahu siapa punya angkara.

“Dia buat kat orang takpa. Orang buat kat dia tak boleh. Koman spana. PRU akan datang, rakyat boleh tolak orang yang bermain politik kotor seperti ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 26/2/2024

- Advertisement -