As Sabiqat santuni Pengerusi As Sabiqun Pusat

- Advertisement -

MUAR: Ketua As Sabiqat PAS Pusat, Fatimah Ismail bersama Ahli Jawatankuasa menyantuni Pengerusi As Sabiqun PAS Pusat, Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed di rumahnya, Bukit Gambir, Tangkak.

- Advertisement -

As Sabiqat bersama Ahli Jawatankuasa As Sabiqun negeri Johor menziarahi Dr Mahfodz selepas beliau menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Menurut Fatimah, Dr Mahfodz nampak sangat bersemangat untuk kembali aktif dan meneruskan dakwah dalam perjuangan Islam PAS melalui As Sabiqun Pusat.

“Sama-sama kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berharap Dr Mahfodz diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan supaya dapat meneruskan kerja-kerja untuk membantu PAS.

Dr Mahfodz dimasukkan ke IJN kerana menghadapi kompilasi jantung pada pertengahan Disember 2023 lalu. – HARAKAHDAILY 8/1/2024

- Advertisement -