Pintu kerosakan sudah terbuka

- Advertisement -

BILA PASTI ajar anak solat, Quran, doa semua yang berkait agama, dia marah suruh tutup, dituduhnya PAS ajar anak-anak menjadi ekstrem semenjak kecil. Kemudian sibuk pula dia kata elaun guru PASTI murah.

Sambung sekolah menengah di madrasah yang ajar ilmu agama sebagai teras, hafal al-Quran, dia sibuk nak sekat peruntukan, kata ajar pelajar jadi ganas, bodoh, tak ada masa depan.

Bila sekolah biasa buat program pick-up line, muqaddimah mengorat, joget, nyanyi OK pula. Pick-up line pula itu dekat ustazah. Panggil syarikat motivasi, makin merosakkan anak murid, dia tak kisah. Baca qunut nazilah ekstrem, takbir tak boleh. 

Semoga semua kawan dan saudara mara aku yang terlibat dalam bidang pendidikan terlindung dari menjadi golongan yang mencorak masa depan yang salah kepada anak-anak murid mereka amin.

Dari pelajar-pelajar ini semualah yang bakal menjadi pemimpin negara kita di masa hadapan. Kata Ibnu Khaldun, jika sesebuah generasi itu rosak, ia memerlukan 40-50 tahun lagi untuk diperbaiki.

Di Indonesia, komedi mereka seperti tidak ada pantang. Pelajar sekolah boleh sahaja membuat lucu ‘double meaning’ berkenaan keadaan ibu bapa mereka yang difahami sebagai mahu melakukan seks. 

Kita masih jauh dengan budaya itu, tetapi sudah ada puak yang membuka pintu ke arah itu. Tidak hanya rosak anak mereka, anak-anak kita juga akan turut rosak. Ini masalah sejagat. Belum disebut berkenaan konsert yang semakin kerap datang menjengah dengan penampilan artis yang diketahui dunia sebagai penyokong LGBT. 

Sudahlah pintu undang-undang menggoda isteri orang tidak lagi dianggap kesalahan, terbuka dengan luasnya. Semuanya menjadi ramuan kehancuran bangsa kita. Dan lebih malang, agama masih tidak mahu mereka dekati. Bagaimana kita mahu selamat dari api neraka? Waiyyazubillah.

MOHD NASIR ABDULLAH
17 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 17/12/2023 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -