
KANGAR: Kerajaan negeri Perlis hanya menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.7 juta sahaja menerusi Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya tidak menerima sebarang peruntukan daripada ICU secara terus.
“Berdasarkan rekod, tiada sebarang peruntukan yang disalurkan oleh pihak ICU secara terus kepada Kerajaan Negeri Perlis sepanjang tahun 2023.
“Walau bagaimanapun, bagi tahun 2023, ICU telah melaksanakan beberapa projek pembangunan infrastruktur di Negeri Perlis dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM1.7 juta sahaja,” katanya pada Mesyuarat Keempat Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Marzita Mansor (PN-Sena) yang meminta penjelasan berkaitan jumlah peruntukan yang diberikan oleh ICU kepada kerajaan negeri.
“Berapakah peruntukan yang diberikan oleh ICU kepada Kerajaan Negeri Perlis dalam projek pembangunan di bawah agensi ini.
“Berapakah projek yang telah siap dilaksanakan sepanjang tahun 2023,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/12/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!