
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) belum mempunyai perancangan untuk membina Program Perumahan Rakyat (PPR) atau Kediaman Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Permatang Pauh.
“KPKT akan meneruskan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan akses rakyat kepada perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki,” ujar kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan [PN-Permatang Pauh] di Dewan Rakyat, hari ini.
Muhammad Fawwaz dalam soalannya meminta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan kementerian dalam melihat dan menilai pelaksanaan projek kediaman mampu milik di Permatang Pauh.
Menurut KPKT, terdapat 42 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang telah siap dibina di Parlimen Permatang Pauh dan tiga unit RMR sedang dalam pembinaan.
Katanya, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) pula mempunyai satu projek di Permatang Pauh iaitu Residensi Pauh Permai dengan 1,017 unit yang telahpun siap dibina. – HARAKAHDAILY 27/11/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!