
KOTA BHARU: Berdasar Pekeliling Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
beberapa kriteria ditetapkan bagi membolehkan pentadbiran Majlis Daerah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran.
Ini kerana Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar berbanding dengan Majlis Daerah.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, kriteria bagi Majlis Perbandaran mempunyai jumlah penduduk melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan lebih RM20 juta.
Bagaimanapun katanya jumlah penduduk di kawasan Majlis Daerah Gua Musang dicampur dengan Pusat Pentabdiran Kecil Lojing sekarang hanya 100,001 orang.
Selain itu hasil tahunan Pihak Berkuasa Tempatan terbabit perlu mencapai RM20 juta setahun.
“Dan perkhidmatan yang ditawarkan sesuai dengan kegiatan perindustrian, perancanganin frastruktur, persekitaran yang selamat didiami dan pelbagai lagi,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Azizi Abu Naim (PN-Nenggiri) pada persidangan Dun hari ini.
Mengenai kriteria ahli-ahli majlis daerah kata Hilmi ia termasuk pemimpin setempat, golongan profesional yang mampu menyumbang pembangunan bandar, wakil usahawan tempatan dan pelbagai lagi. – HARAKAHDAILY 22/11/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!