Kerajaan telah gagal dalam mentadbir ekonomi negara

- Advertisement -

SHAH ALAM: Sokongan ramai bangsa Melayu terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuktikan komited parti itu sendiri.

- Advertisement -

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua ahli parti Bersatu telah menunjukkan semangat yang amat tinggi dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu yang berlangsung pada hari ini.

Menurut beliau, semakin ramai rakyat telah mula menunjukkan sokongan kepada parti Bersatu lebih-lebih lagi apabila kehidupan ramai rakyat sendiri telah terseksa akibat daripada pelbagai krisis ekonomi yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

“Dengan perkara sebegini yang berlaku jelas menunjukkan bahawa kerajaan pada masa ini telah pun gagal dalam mentadbir ekonomi negara dengan baik,” katanya ketika sidang media pada Perhimpunan Agung Tahunan 2023 Bersatu hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Beliau juga menyatakan bahawa dirinya akan terus kekal sebagai Presiden Bersatu pada masa akan datang.

Apabila ditanya mengenai sama ada cadangan yang dilontarkan sebelum ini sekadar lakonan semata-mata, beliau menyatakan perkara tersebut adalah tidak benar.

Malah, setiap ahli Bersatu sendiri jelas menunjukkan bahawa sokongan tersebut adalah ikhlas dan bukannya bermain-main.

“Saya sendiri pun tidak melakukan sebarang gimik untuk cadangan sebegitu kerana cuba kamu berada di tempat saya baru tahu macam mana situasi saya.

” Lagipun saya tiada masa untuk melakukan apa pun gimik apabila mengenai soal parti Bersatu ini,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 25/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -