Perbezaan antara Hamas dan ISIS

- Advertisement -

SAYA tertarik dengan komentar Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Llyod Austin ketika melawat negara haram Israel, baru-baru ini.

- Advertisement -

Dalam sidang medianya bersama Perdana Menteri negara haram Israel Benjamin Netanyahu beliau menyatakan bahawa Hamas adalah sama dengan ISIS, lalu ditambah oleh Benjamin Netanyahu; sebenarnya dalam banyak cara Hamas lebih dahsyat daripada ISIS.

Komen saya

1. Hamas adalah sebuah pertubuhan yang diasaskan untuk membebaskan bumi Palestin yang dirampas dan dijajah oleh Zionis Yahudi. Adapun ISIS adalah pertubuhan yang dicipta oleh badan perisikan Barat bagi mengharuskan pendudukan mereka di Dunia Islam khususnya Timur Tengah demi keselamatan negara haram Israel. Ia diakui sendiri oleh bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

https://www.aa.com.tr/…/us-trump-adamant-that…/627080

Malah Robert F. Kennedy Jr., anak saudara bekas Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy yang juga calon tunggal yang bertanding atas tiket bebas dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2024 turut menyatakan “we created ISIS”.

https://www.aa.com.tr/…/iranian-official-says…/2878400

Julian Assange, wartawan penyiasat terkenal yang juga pengasas WikiLeaks yang kini berada dalam penjara di Britain menunggu untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk dibicarakan atas dakwaan memperolehi dan mendedahkan maklumat rahsia Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat berikutan pendedahan fail-fail sulit Cablegate yang turut mendedahkan pembabitan perisikan Barat mengasaskan ISIS.

https://muslimmirror.com/…/cia-created-isis-says…/

2. Hamas adalah sebuah pertubuhan yang sangat berdisiplin dengan hukum syarak yang hanya menyasarkan anggota pertahanan Zionis dan mana-mana pihak yang bekerjasama dengan mereka. Berbeza dengan ISIS yang menyasarkan orang awam dan kebanyakan mangsanya adalah orang Islam. Malah ISIS turut menyasarkan masjid dan majlis keraian Islam tanpa mengira wanita mahupun kanak-kanak.

3. Matlamat Hamas hanya membebaskan Palestin dari Zionis Yahudi, manakala ISIS kebanyakannya berada di negara-negara Islam dan mempunyai matlamat yang mengelirukan serta ditentang oleh kebanyakan umat Islam.

Konklusinya

Yang amat jelas dan ketara persamaannya adalah rejim Zionis Israel dan ISIS, itulah hakikatnya. Mereka membunuh dan membantai orang awam tanpa mengira kanak-kanak mahupun wanita serta melanggar undang-undang antarabangsa.

Kedua-duanya sama teruk, zalim, ganas dan tidak berperikemanusiaan. Mungkin sudah sampai masanya rejim zionis Israel disamakan dengan ISIS secara ‘total’ dan muktamad.

DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabngsa dan Hubungan Luar PAS Pusat – HARAKAHDAILY 16/10/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -