Muslimat perlu berani, terbuka hadapi cabaran PRU16

Yusmaliza Yusof
- Advertisement -

SHAH ALAM: Cabaran terbesar PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah menarik sokongan dan memahamkan rakyat tentang Islam.

- Advertisement -

Perwakilan Muslimat PAS Negeri Perak, Yusmaliza Yusof berkata, justeru Muslimat PAS perlu berani, terbuka dan bersungguh-sungguh melaksanakan program rentas agama, kaum dan politik yang bersifat sejagat dan berimpak tinggi.

“Konteks dakwah kita perlu dilebarkan kepada non-Muslim dengan memahamkan mereka kepada Islam yang indah, adil dan syumul.

“Dalam masa yang sama kita mestilah bersungguh-sungguh membina hubungan secara berterusan bersama NGI dan NGO Islam dalam usaha penyatuan ummah,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun berkata demikian pada sesi ucapan penangguhan sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke 63 di IDCC, hari ini.

Yusmaliza mengajak muslimat mendampingi golongan muda dengan menyertai kecenderungan minat mereka bagi membina kemesraan.

“Selayaknya pujian kita berikan kepada Ultras Malaya yang mendapat liputan media seluruh negara atas solidariti mereka yang ditonjolkan di Stadium Negara Bukit Jalil terhadap jihad Palestin.

“Ia salah satu bukti semangat anak muda mampu menggegarkan dunia. Justeru, peluang ini perlu kita rebut agar PAS menjadi ikon pembimbing anak-anak muda supaya perjuangan mereka terarah dan berobjektif untuk Islam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/10/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -