
KOTA BHARU: Program Jom Heboh anjuran Media Prima yang akan diadakan selama tiga hari daripada 7 hingga September ini di Pusat Transformasi Desa (RTC) Tunjong dipastikan mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan negeri Kelantan.
Anggota Exco kerajaan Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, program tersebut dipastikan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 dan dasar Membangun Bersama Islam (MBI).
Oleh itu katanya, pemantauan berkala akan dilaksana bagi memastikan program yang berlangsung mematuhi syarat ditetapkan.
“Insya-Allah, Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Kuliah Ilmu Khas Pagi Jumaat akan diadakan di lokasi program,” katanya selepas meninjau tapak program semalam.
Hadir sama Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Zamakhshari Muhamad dan pengurusan Media Prima.
Difahamkan Forum Perdana Menteri pada malam esok akan menampilkan Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Mohd Asri sebagai Exco Pembangunan Islam.
Sementara itu, pada pagi Jumat pula akan diadakan Kuliah Dhuha di tapak program tersebut; dan menurut penganjur program berkenaan bakal menampilkan Ustaz Tarmizi dan Ustaz Fazrul dalam segmen My #QuranTime Quranic Solution.
Zamakhshari pula berkata, kuliah Dhuha pada pagi Jumaaat bermula dengan konvoi Alternative Riding Club (ARC).
“Anak-anak muda terbabit akan berkonvoi ke tapak program di RTC bagi mengikuti kuliah Dhuha sempena program Jom Heboh,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/9/2023




















