Exco Pertanian tidak dilantik Lembaga KADA 

Tuan Mohd Saripudin tidak lagi dilantik sebagai Ahli Lembaga KADA oleh Kerajaan Persekutuan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan PH-BN kembali semula ke era lama apabila menafikan pelantikan wakil kerajaan negeri dalam lembaga agensi kerajaan Pusat yang berada di Kelantan.

Berbanding dengan era kerajaan sebelum ini, anggota Exco yang bertanggungjawab portfolio pertanian turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

- Advertisement -

Berdasarkan portal KADA yang dikemas kini pada 12 Jun 2023, wakil kerajaan negeri hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Selain itu, wakil Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, wakil Kementerian Kewangan serta wakil Bank Pertanian.

Manakala tiga lagi ahli Lembaga KADA masih kosong sehingga sekarang. Pengerusinya Muhammad Husain iaitu Pengerusi Parti Amanah Negara Kelantan. 

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komiditi, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, di bawah kerajaan campuran sekarang wakil kerajaan negeri tidak dilantik seperti kuota sebelum ini.

“Saya tidak lagi dilantik sebagai Ahli Lembaga KADA oleh kerajaan campuran yang disebut sebagai Malaysia Madani itu,” katanya di sini.

Sehubungan itu, kata beliau lagi, kerajaan negeri tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai pengeluaran padi di Kelantan kerana perkara ia terletak di bawah tanggungjawab KADA.

“Elok tanya Pengerusi KADA kerana beliau lebih tahu dan  bertanggungjawab terhadap pengeluaran padi dan beras di Kelantan.

“Sektor penanaman padi di Kelantan sebahagian besar diselia di bawah KADA,” jelas beliau.

KADA diwujudkan kerajaan PAS Kelantan pada 5 Oktober 1968 dengan mendapat pinjaman dari Bank Dunia yang melibatkan kos pembinaan RM75 juta. 

Kewujudan KADA turut melibatkan pembinaan saliran sepanjang 500 batu, rumah pam di Kuala Sungai Kemubu sebelum disalurkan ke sawah di Kota Bharu. – HARAKAHDAILY  6/9/2023

- Advertisement -