‘Datuk Jazlan, kes Zahid dan Guan Eng; dua-dua bermasalah’

- Advertisement -

SAYA sokong Datuk Nur Jazlan dalam kes ini, go go Datuk!

Tapi saya nak respon kepada Datuk Nur Jazlan bahawa ada beza dalam kes Datuk Seri Zahid dan Guan Eng, antaranya:

1. Kes Zahid Hamidi dah sampai prima facie, berbeza dengan kes Guan Eng.

2. Beza situasi, DAP jauh lebih besar jumlah kerusi berbanding Umno dalam kerajaan yang ada pada hari ini, jadi mereka berhak persoalkan Umno, Umno jangan sesekali persoalkan mereka. Itu sudah ditegaskan sendiri oleh Presiden Umno ketika menolak cadangan Nur Jazlan untuk DAP gugurkan slogan Malaysian Malaysia dan negara sekular.

3. PRK Pulai yang sedang berlangsung nanti ditandingi oleh calon PH yang mana DAP salah satu komponen penting, Umno tak bertanding. Jadi yang akan terjejas ialah sokongan terhadap PH, sebab itu DAP wajar bimbang.

Jadi Datuk Nur Jazlan, janganlah kuat sangat desak DAP itu, ‘sikit-sikit’ sudahlah asalkan jangan nampak senyap sangat…

Namun begitu, sebenarnya kedua-dua kes itu bermasalah! 

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 6/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -