Gelombang PN merebak Johor melalui di Simpang Jeram

Dato' Seri Mohamad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

MUAR: Gelombang PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini akan memasuki Johor bermula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Dato’ Seri Mohamad Sanusi Md Nor gelombang itu akan sampai di negeri ini menerusi Muar.

“Dan gelombang ni akan menimpa negeri Johor. Tuan-tuan jangan takut, gelombang ini akan sampai dia masuk ikut Muar, dia masuk ikut Maharani. Kemudian dia datang ke Simpang Jeram ni.

“Lepas tu dia pergi ke Pulai, akan berakhir di Johor Bahru, insya-Allah,” ujarnya pada program Majlis Pengisytiharan Calon dan Pelancaran Jentera PRK Dun Simpang Pulai di Markas PAS Kawasan Bakri, di sini, malam tadi.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Negeri Johor, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal dan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin.

Calon PERIKATAN NASIONAL bagi PRK Dun Simpang Jeram, Dr. Mohd Mazri Yahya menerima watikah calon daripada Tuan Ibrahim.

Sanusi berkata, PH-BN harus ditentang kerana sikap hipokrit mereka yang mana semasa menjadi pembangkang sering melaung-laungkan ketelusan seperti tidak boleh menggunakan jentera kerajaan semasa berkempen.

Namun, katanya, selepas menjadi kerajaan merekalah yang ketara mengamalkan perkara tersebut dalam pentadbiran.

“Kita nak orang negeri Johor, orang yang baik-baik; orang yang mengaji agama; orang banyak mengaji; orang yang hidup berbudaya; berilmu sopan santun; orang-orang Johor ni perlu menghentikan kerakusan-kerakusan ni semua,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kedah.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua warga Dun Simpang Jeram melakukan perubahan dalam PRK itu nanti yang bukan sahaja penting kepada masyarakt setempat tetapi untuk seluruh negara. – HARAKAHDAILY 24/8/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -