
INGATKAN DAP berstrategi nak diam sepi sahaja dalam kempen PRU DUN kali ini tetapi, bersuara juga akhirnya.
Kata Lim Kit Siang;
“Negara ini akan gagal jika ditadbir oleh PN-PAS dan BERSATU. Negara ini akan hebat seperti Singapura apabila ditadbir oleh PH-BN.”
Dulu, segala macam kecaman dan serangan DAP terhadap Umno. Sekarang, Timbalan Perdana Menteri (TPM) 47 kes itu pun dah jadi suci murni ya. Bahkan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke turut mempertahankan Presiden Umno yang dituduh mengamalkan rasuah terbuka dalam kempen di Terengganu.
Dulu, Lim Kit Siang kata negara ini rosak sebab Umno, sebab rasuah. Sekarang, apabila DAP bersama Umno, maka negara ini jadi hebat.
Wah, hebat sungguh teori menjilat ludah DAP ini.
DAP perlu ingat, Malaysia ada sejarah asal-usul, identiti dan acuannya sendiri.
Tidak perlulah anda berkempen untuk Malaysia ikut contoh Singapura kerana di sana orang Melayu-Islam minoriti sahaja berbanding di sini.
Yang pastinya, pengundi di 6 negeri dalam PRU DUN akan ingat sifir mudah ini:
1. Undi BN-Umno bermakna dapat percuma DAP serta Lim Kit Siang dan anaknya.
2. Undi PH bermakna sokong juga Zahid.
Sekian.
SYED AHMAD FADHLI
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan – HARAKAHDAILY 6/8/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!