
DEWAN Pemuda PAS Kepala Batas mendapat rungutan dan aduan rakyat Kepala Batas berkenaan penganjuran Konsert Viral Lagu-lagu TikTok Malaysia Indonesia 2023 di Dewan Millenium Kepala Batas pada 30 September 2023.
Dewan Pemuda PAS Kepala Batas membantah sekeras-kerasnya diadakan konsert yang tidak bermanfaat di kawasan Kepala Batas.
Dewan Pemuda PAS Kepala Batas juga mendesak pihak PBT menarik balik lesen penganjuran Konsert ini diadakan kerana mendapat tentangan rakyat tempatan.
Dewan Pemuda PAS Kepala Batas juga menyeru Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), pihak kariah dan rakyat Kepala Batas bersama membantah penganjuran konsert ini.
USTAZ MOHD FARID HAMDI MOHD REDZUAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas
22 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 22/8/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!