PAS ‘king maker’ perpaduan ummah

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor .
- Advertisement -

ALOR SETAR: Usaha awal untuk menguburkan Muafakat Nasional (MN) dianggap dilakukan pemimpin tertinggi Umno apabila menolak kerjasama dengan Bersatu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ketika peringkat awal MN ditubuhkan Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi bercuti.

- Advertisement -

Katanya, ketika itu Umno diketuai Dato’ Seri Muhammad Hassan berjaya memimpin Umno melalui membentuk muafakat melalui MN.

“Melihat kejayaan Mohamad Hassan memimpin Umno ke arah MN, pemimpin tertinggi dianggap mula melakukan gerakan untuk hanya mengikat PAS dan Umno serta menolak Bersatu.

“Sedangkan hasrat sebenar MN bagi mengukuhkan perpaduan ummah di negara ini,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, semalam.

Presiden Umno pada kenyataan sebelum ini mendakwa parti berkenaan tidak mahu menjalinkan hubungan bersama PAS kerana dianggap banyak muslihat.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, perjalanan politik Zahid sebenarnya sudah menjadi sejarah dan semua pihak tahu siapa yang membubarkan MN.

“Sungguhpun begitu, MN tanpa PAS tidak akan ke mana-mana kerana gerakan politik hari ini mesti melibatkan PAS.

“PAS adalah ‘king maker’ untuk perpaduan ummah. Sebaliknya Umno menghadapi krisis di bawah kepimpinan sekarang,” katanya. – HARAKAHDAILY 31/8/2023

- Advertisement -