Stadium Sultan Muhammad mulai melimpah sejak petang

- Advertisement -

KOTA BHARU: Stadium Sultan Muhammad IV mulai dibanjiri orang ramai bagi mengikuti program Munajat Rakyat Kelantan malam ini.

- Advertisement -

Setiap ruang di padang stadium mulai dipenuhi orang ramai yang datang selepas solat Asar. Jalan-jalan utama ke stadium sesak di segenap arah.

Deretan bas yang datang dari pelbagai tempat kelihatan di sepanjang jalan. Banyak bas diparkir di sekitar Bazar Tok Guru dan pinggir bandar.

Malah ada kumpulan anak-anak muda termasuk dari Jeli datang dengan motosikal. Banyak ditemui kumpulan penunggang motosikal berhenti di masjid bagi menunaikan Asar.

Persembahan kumpulan qasidah Soitul Muhammadiah dari Pondok Dewan Beta dan Pondok Selising menarik perhatian orang ramai yang menghadiri munajat rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY 21/7/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -