Puluhan ribu rakyat berhimpun di stadium malam ini

- Advertisement -

KOTA BHARU: Puluhan ribu rakyat Kelantan dijangka akan berhimpun di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini untuk bermunajat bagi mempertahankan kerajaan di bawah kepimpinan ulama.

- Advertisement -

Program Munajat Rakyat Kelantan itu akan bermula sebelum Maghrib dimulakan dengan alunan qasidah Serambi Mekah oleh pelajar pondok.

Kemudian diikuti solat Maghrib dan Bicara Ulama disampaikan ulama terkenal Syeikh Wazir Che Awang. Dan selepas solat Isya diadakan solat hajat diimamkan Tuan Guru Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas.

Himpunan Ppakat Pertahan Kelantan itu akan mencatat sejarah bakal disertai dua bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir dijangka tiba di Kota Bharu pada petang ini bersama rombongannya. Beliau juga difahamkan akan menziarahi pusara arwah Tuan Guru Tan Sri Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Ucapan bekas perdana Menteri dua kali ini ditunggu rakyat Kelantan selepas berdepan dengan tekanan di bawah Kerajaan Madani sekarang.

Turut hadir Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentera Kanan Ahmad Yakob, Presiden NGO Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa dan ahli parlimen Arau Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim.
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka turut hadir. – HARAKAHDAILY 21/7/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -