Kerajaan PH-BN buat umpan segera elak ditolak rakyat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan PH dan BN terpaksa membuat tawaran segera untuk menyambung ‘nyawa’ kerajaan yang ada sekarang setelah semakin ditolak rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelbagai janji dan imbuhan diumum akhir-akhir ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dibimbangi kerajaan hari ini tumbang.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis memperkenalkan calon PN di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Katanya, kerajaan PH juga dilihat takut kepada fenomena dan kebangkitan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang terus mendapat sokongan padu rakyat.

“Takutkan Sanusi sampai mengigau, bangun tidur pun ingat Sanusi… Sanusi…Sanusi,” ujarnya sambil disambut ketawa dan sorakan orang ramai.

“Tidak ada dalam sejarah apabila kesemua Exco-exco kerajaan negeri Kedah dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan, belum ada lagi dalam sejarah” ujarnya.

Namun, tambahnya kerana takut kebangkitan rakyat di seluruh negara khususnya di enam negeri termasuk Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor, pemimpin kerajaan PH dan BN tersepit dan terhimpit.

Majlis pengumumam calon PN berakhir jam 11.25 malam selepas setiap calon termasuk baharu dan lama diperkenalkan seorang demi seorang di pentas dengan disaksikan ribuan yang hadir.

Mereka terdiri daripada profesional 8 orang, ulama (10), anak muda (5), teknokrat (10), aktivis masyarakat (10) dan wanita (2). – HARAKAHDAILY 27/7/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -