
TAMBUN: Sempena sambutan Hari Guru, Dewan Muslimat PAS Tambun mengunjungi beberapa sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi dan Hulu Kinta.
Ketua Dewan Muslimat PAS Tambun, Yusmaliza Yusof berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat menyantuni pendidik di sekolah-sekolah yang sempat dikunjungi.
“Kami juga dapat berkongsi pengalaman, kejayaan dan susah payah para pendidik membangunkan sekolah dan mendidik anak-anak murid.
“Sesungguh jasa dan pengorbanan mereka tidak terbalas,” katanya ketika ditemui pada program tersebut semalam. Turut hadir Ketua Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Tambun, Nuradila Mohd Kamal.
Pada kunjungan tersebut mereka menyampaikan kad ucapan Hari Guru dan pasu bunga sebagai kenang-kenangan kepada pihak sekolah.
Antara sekolah yang dikunjungi iaitu Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa, Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah, Maahad Darul Furqan, Tahfiz Addin Pekan Tambun, SRITI Al-Istiqamah.
Selain itu Akademik Tahfiz Al-Quran Sayyidah Faqihah Lil Banat (AQSA), PASTI Nurul Iman Tengku Hussein dan SRAR Ittihadiah Kampung Tengku Hussien.
Oleh itu Yusmaliza berharap seluruh masyarakat khususnya pelajar perlu mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap guru kerana tanpa reda guru ilmu murid tidak berkat. – HARAKAHDAILY 17/5/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!