RUU Kewangan 2023 lulus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2023 diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong, ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua berkata, RUU itu bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023.

- Advertisement -

Selain itu, katanya RUU itu bagi melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta-akta berkaitan.

“Pindaan tersebut termasuk meminda subseksyen 3(3) Akta Kewangan 2018 [Akta 812] dengan menggantikan perkataan “dan 2022” dengan perkataan “2022, 2023 dan 2024” bagi melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu untuk simpanan bersih tahunan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Chee Keong berkata, kerajaan dijangka meneliti semula keperluan untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu untuk simpanan bersih tahunan SSPN selepas 2024.

Katanya, kerajaan akan melihat semula dasar ini tahun hadapan dan mengambil maklum balas daripada semua pihak termasuk pembangkang untuk membuat keputusan seterusnya. – HARAKAHDAILY 3/4/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -