Peruntukan Khas PM ikut dasar sedia ada

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Peruntukan Khas Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen hanyalah sebagai penambah dan pelengkap kepada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun.

- Advertisement -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penyediaan dan penyaluran peruntukan itu adalah mengikut dasar sedia ada dan tertakluk kepada kemampuan semasa kewangan kerajaan.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [PN-Marang] di Dewan Rakyat, hari ini.

Tuan Guru dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan bagaimanakah kaedah Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) akan diagihkan kepada wakil rakyat Parlimen dan bilakah dana tersebut akan disalurkan. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -