Lelaki Palestin dibebaskan selepas 40 tahun di penjara Israel

Karim Younis ditangkap pada tahun 1983 atas tuduhan terbabit dalam kes pembunuh askar Israel pada 1980 sebelum dibebaskan pada 5 Jan 2023. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

AR’ARA, Baitulmaqdis Timur: Warga Palestin yang paling lama ditahan di penjara Israel, Karim Younis  telah dibebaskan selepas 40 tahun.

- Advertisement -

Pihak berkuasa penjara Israel membebaskan Younis dari penjara Hadarim di utara Tel Aviv pada subuh pagi Khamis (5 Jan) waktu tempatan, lapor Al Jazeera.

Lelaki yang kini berusia 66 tahun  itu ditangkap pada tahun 1983 dan didakwa di mahkamah Israel atas dakwaan  kes pembunuhan seorang askar Israel di Dataran Tinggi Golan Syria pada 1980.

Younis berasal dari perkampungan Palestin di Ar’ara dalam wilayah yang diajajah  Israel, di mana ramai saudara-mara dan rakan-rakannya menyambutnya kepulangannya pada hari pembebasannya itu.

Bercakap kepada Al Jazeera sejurus selepas dibebaskan, Younis berkata berkata bahawa dia telah dipindahkan di antara kereta polis yang berbeza sebelum diturunkan di lokasi yang ternyata sebuah stesen bas di Ranana, sebuah bandar di utara Tel Aviv. 

“Di situ, saya dapat berhubung dengan ahli, hasil  dengan bantuan orang yang lalu lalang,” ujarnya.

Melaporkan daripada Ar’ara, wartawan Al Jazeera,  Imran Khan dari berkata  bahawa Younis telah dibebaskan pada jam 5:30 pagi (02:30GMT) dan orang ramai berkumpul di jalan-jalan raya sekitar kampung berkenaan untuk menyambut kepulangannya.

“Karim Younis adalah tokoh penting dalam perjuangan Palestin,” kata Khan. 

“Dia dilihat sebagai seseorang yang menjadi bintang yang sedang meningkat naik dalam politik Palestin apabila dia ditangkap dan didakwa membunuh,” tambahnya.

Walaupun sebahagian besar tahanan Palestin di penjara Israel berasal dari Tebing Barat yang diduduki, Younis sebenarnya adalah warga Palestin Israel.

“Rakyat Palestin mengatakan dia (Younis)  hanya menentang pendudukan Israel, manakala orang Israel mengatakan ia (penangkapan Younis) adalah perkara dalaman Israel. 

“Dia pada asalnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, yang kemudiannya diubah menjadi 40 tahun sebelum dibebaskan  kerana dia telah menjalani  tempoh hukumannya,” jelas Khan.

Terdahulu, anggota perisikan tentera  Israel telah melawat keluarga Younis sebelum lelaki itu  dibebaskan dan memberitahu mereka untuk tidak meraikan pembebasannya,” kata Khan, sambil menambah keluarga dan penduduk  Ar’Ara bagaimanapun tidak mengendahkan arahan tersebut.

Menurut Khan lagi, Younis memberitahu bahawa pegawai polis Israel datang ke jel  pada awal pagi Khamis dan memberitahu dia akan dibebaskan. 

“Saya mahu mandi dan bersiap, tetapi mereka menghalang saya,” kata Younis menurut Khan lagi, yang mana pihak berkuasa Israel belum mengulas mengenai laporan tersebut.

Selepas dibebaskan, Younis telah menziarahi kubur ibunya yang meninggal dunia lapan bulan lalu yang dirakam dalam keadaan penuh emosi di kubur  oleh media tempatan dan antarabangsa.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 4,700 tahanan Palestin yang masih ditahan di penjara Israel, termasuk 150 kanak-kanak, yang mana 835 orang ditahan tanpa perbicaraan atau pertuduhan di mahkamah. – HARAKAHDAILY 6/1/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -