12 lokasi aras sungai di Terengganu lepasi tahap bahaya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 lokasi bacaan aras air sungai di Terengganu melepasi paras bahaya sehingga jam 9.15 pagi ini.

- Advertisement -

Menurut laman rasmi infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, aras air Sungai Besut di Jambatan Jerteh adalah 10.18 meter (m) melebihi tahap bahaya iaitu 8.5 m.

Di SETIU, Sungai Chalok di Jambatan Chalok mencatatkan bacaan aras air 10.16 m melebihi tahap bahaya 8.4 m.

Sungai Nerus di Kampung Bukit turut melepasi paras bahaya sebanyak 1.61 m dengan catatan aras air 14.81 m manakala Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri mencatatkan bacaan 10.11 m melebihi tahap bahaya 8.8 m.

Di KEMAMAN, aras air Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih mencatat bacaan 15.04 m melepasi tahap bahaya 14 m, bacaan di Rumah Pam Paya Paman ialah 4.1 m (tahap bahaya 4 m.

Sungai Tebak di Jambatan Tebak mencatat bacaan 20.32 m telah melebihi tahap bahaya 18.5 m manakala Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik 2.9 m (tahap bahaya 2.7 m).

Di BESUT, aras air Sungai Besut di Kampung La pula ialah 26.61 m, juga melebihi tahap bahaya iaitu 21.8 m.

Di DUNGUN, aras air Sungai Dungun di Jambatan Jerangau adalah 13.31 m telah melebihi tahap bahaya iaitu 12.5 m.

Di HULU TERENGGANU, aras air Sungai Berang di Kampung Menerong mencatat bacaan 26.68m iaitu melebih 2.18 m daripada tahap bahaya.

Di MARANG, aras air Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan adalah 3.61 m telah melebihi tahap bahaya iaitu 2.7 m. – HARAKAHDAILY 19/12/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -