Kaki buruk kencing manis

- Advertisement -

PERKONGSIAN menarik dari Dr Zaleha (Pakar Perubatan Keluarga) di kursus penjagaan luka hari ini. Anggaran pesakit kencing manis yang terpaksa dipotong kaki di Hospital Sultanah Nur Zahirah adalah 2 orang sehari. Bayangkan setahun? Hampir 500 orang yang mengalami komplikasi teruk kencing manis sehingga terpaksa doktor pakar tulang potong kaki.

Oleh itu nasihat beliau, primary prevention amat penting. Sebelum terjadinya penyakit, kena jaga betul-betul gaya hidup terutama mereka yang berisiko tinggi. Kalau dah di diagnos kencing manis, kawallah kandungan gula dalam darah betul-betul. Jangan tunggu bacaan gula bbalik metar (tak terkawal) sokmo baru nak insaf.

Kencing manis itu penyakit senyap. Gula tinggi akan kerit (merosakkan sel) sikit-sikit sehinggakan pesakit tak perasan pun komplikasi sudah teruk. Akhirnya jadilah stroke, serangan jantung, rosak mata, rosak buah pinggang, serangan saraf dan kaki kena potong.

Ada beberapa fakta seriyau mengenai potong kaki yang boleh menginsafkan kita:

1. Setiap 30 saat kaki pesakit kencing manis dipotong seluruh dunia.
2. Punca awal komplikasi kaki kencing manis ini adalah luka kecil. 10 peratus individu kencing manis akan mengalami luka kecil itu (foot ulcer).
3. Risiko sepanjang hidup setiap orang yang berpenyakit kencing manis akan menghidapi kaki kencing manis adalah lebih 25 peratus.
4. Kajian mendapati kebanyakan pesakit yang telah terpotong kakinya akan meninggal dunia dalam tempoh 2 tahun. Puncanya? Tak kawal gula mereka dengan bagus.
5. Kaki kencing manis yang tidak dirawat oleh pasukan luka atau pakar dalam tempoh 6 minggu berisiko tinggi (75 peratus) akan dipotong. Bertabahlah.

Kalau jumpa doktor memang pahitlah leteran doktor. Doktor bukan marah tetapi beri peringatan. Sebab doktor sudah banyak lalui pengalaman yang sama sehinggakan jiwa doktor dah lali. Sebab itu bebelan doktor pun menyekit perasaan. Anggaplah nasihat doktor dijadikan pengajaran.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 11/10/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -