
Permulaan hambar Chelsea pada musim ini berterusan apabila tewas 2-1 di Southampton, semalam walaupun Raheem Sterling memberikan kelab itu pendahuluan awal.
Sterling menjaringkan gol pada minit ke-23, iaitu gol ketiganya dalam dua perlawanan tetapi kelebihan Chelsea tidak bertahan lama.
Romeo Lavia menyamakan kedudukan lima minit kemudian dengan penyudah hebat dari luar kawasan.
Adam Armstrong kemudian menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan separuh masa pertama, penyudah yang hebat untuk melengkapkan gerakan hantaran licik tuan rumah.
Chelsea yang ditewaskan di Leeds United dalam perlawanan di tempat lawan sebelum ini, menguasai perlawanan, tetapi tidak memberi impak besar berbanding pasukan Saints yang tidak mengenal penat pada separuh masa kedua.
Kemenangan Southampton melonjakkan kelab itu yang meraih tujuh mata daripada lima perlawanan, jumlah yang sama dengan Chelsea kendalian Thomas Tuchel.
“Kami tahu ia akan menjadi malam yang sukar malam ini. Chelsea adalah lawan yang sukar, tetapi pemain beraksi mantap,” kata Armstrong.
“Malam seperti ini kami tidak akan lupa. Ia mengecewakan pada hari Sabtu (menentang Manchester United), kami mempunyai beberapa peluang. Itulah bola sepak.” katanya.
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!