Inspektorat pantau penduduk langgar buang sampah

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Kerajaan Kelantan akan menubuh jawatankuasa khas inspektorat bagi memantau pihak yang gagal mematuhi ketetapan pengurusan pembuangan sampah dan iklan tidak berdaftar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, tindakan itu bertujuan bagi memastikan tahap kebersihan tercapai selaras kempen Kelantanku Bersih.

Katanya, jawatankuasa terbabit melibatkan kira-kira 10 kakitangan Majlis Pembandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) juga akan memantau premis-premis makanan.

- Advertisement -

“Jawatankuasa itu akan mengambil tindakan terhadap pihak yang didapati melanggar peraturan ditetapkan.

“Kita juga akan memastikan setiap papan iklan perlu mendapat kebenaran MPKB-BRI dan kalau yang tak ada permit kebenaran kita akan tanggalkan terutama di kawasan Zon Bersih, Indah dan Ceria,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Zon Bersih Indah Ceria sempena jelajah Kelantanku Bersih di Bandar D’Raja Al-Muhammadi, Kubang Kerian hari ini.

Dr Izani juga berkata, mengikut laporan yang diterima daripada pihak pengurusan sampah beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu berada pada tahap memuaskan.

“Saya melihat ada perubahan yang baik dari sudut pengurusan sampah dan saya juga yakin MPKB-BRI akan menjadi contoh kepada PBT yang lain dari sudut kebersihan,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/8/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -