Kecoh apabila Speaker tolak kemahuan membahas

- Advertisement -

SEMALAM Dewan Rakyat kecoh. Sebab, Speaker menolak kehendak beberapa orang Ahli Parlimen (MP) membahas isu tuntutan Kerajaan Sulu, termasuk kes rampasan satu aset negara di luar negara. Penolakan kemahuan membahas menjadi perbalahan. Malah menjadi tuduhan serta cemuhan.

Kebetulan, isu Speaker menggunakan kuasanya di dalam Dewan adalah antara tajuk yang kami bincang di dalam bengkel di Terengganu baru-baru ini, sehingga ke bahagian kuasa seseorang Speaker menghukum MP yang tidak mengikut keputusan dan arahan.

Hakikatnya, peristiwa semalam mengundang persepsi yang bukan-bukan terhadap Speaker Dewan. Sudah tentu persepsi yang bersifat negatif adalah paling disukai ramai. Tak apa. Itu hak individu.

Cuma, apabila saya amati keputusan Speaker semalam, saya ada dengar bahawa Speaker menolak atas alasan, antara lain;

1. Isu berkenaan sudah dibahaskan dalam sidang yang lepas.
2. Perbahasan isu itu, jika dibenarkan sekarang, adalah bersifat subjudis.

Izinkan saya memberi catatan sedikit mengenai subjudis (sub judice) di ruang ini.

Subjudis adalah membincangkan perkara yang masih berada di dalam pertimbangan mahkamah keadilan. 

Apabila masih berada di dalam pertimbangan mahkamah keadilan, Dewan tidak boleh dibenarkan membahaskannya. Tidak kira sama ada mahkamah itu di dalam negara mahupun di luar negara. Sebab, sekiranya Dewan membahaskannya sudah tentu akan ada keputusan Dewan. Mungkin bersifat mendesak, menarik balik, memujuk dan sebagainya. Keputusan itu dijangka boleh mempengaruhi urusan yang sedang dibicarakan di mahkamah keadilan.

Sebab itu perkara subjudis tidak boleh dibahaskan.

Hakikatnya juga, 

Peraturan mengenai subjudis ini sudah menjadi peraturan yang telah tertulis dengan jelas di dalam Peraturan Dewan. Ia bukan perkara baru. Ia sudah ada sejak wujudnya Dewan Rakyat itu sendiri. 

Malah, subjudis adalah salah satu subjek wajib yang ada dalam silibus undang-undang. Para peguam tidak patut merendah-merendah status kepeguaman mereka dengan buat-buat tak tahu mengenai perkara subjudis ini, atau melencongkan maksud dan penggunaannya.

Dan,

Sangat tidak masuk akal apabila MP, sebagai lawmaker, mengtongsampahkan peraturan yang dibuat dan dipersetujuinya sendiri.

Tapi itulah nasib seorang Speaker. Sabojela!

USTAZ MOHD SHAFIE NGAH
Yang Dipertua PAS Kawasan Bangi – HARAKAHDAILY 19/7/2022

Sumber Asal:  https://www.facebook.com/100044851221379/posts/pfbid0rky9qTGwoFauDkxP3Lfvcv5SCc3wZ15ZxWnrYUWe7K6QHQxUoGUXWxs65j4NbsNxl/  

- Advertisement -
- Advertisement -