
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sentiasa komited untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik kepada pengguna-pengguna di Sabah.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bagi tujuan itu, kementerian telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan pembekalan elektrik di negeri itu.
Ini, ujar beliau dengan memastikan penjanaan elektrik yang mencukupi, mengukuhkan talian sistem penghantaran dan pembahagian serta memastikan kemampanan operasi Sabah Electricity Sdn. Bhd. selaku syarikat utiliti di Sabah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menyatakan demikian menerusi laman Facebooknya, hari ini.
Semalam, beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pencawang Pembahagian Utama (PPU) 33/11kV Sook, Keningau bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup. – HARAKAHDAILY 5/6/2022
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!