Aidil Fitri PAS Pusat serlah penyatuan semua

- Advertisement -

PAS PERAK merasa terharu dan berbangga dengan sokongan yang diberikan oleh seluruh warga Perak dan Malaysia keseluruhannya yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat Sabtu lalu. Kehadiran pelbagai bangsa memperlihatkan bahawa PAS boleh diterima semua bangsa dan agama dalam negara ini.

Kehadiran  mencecah 50,000 orang berdasarkan laporan petugas. PAS Perak mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir terutama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Haji Saarani Mohamad dan beberapa Exco Kerajaan Negeri serta beberapa Menteri Pusat. Kehadiran pemimpin pelbagai parti politik, NGO dan pegawai kanan kerajaan membuktikan keterbukaan pemimpin di negara kita. 

PAS Perak juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Ipoh serta pasukan keselamatan yang banyak membantu menjayakan majlis. Gabungan kerjasama ini telah membantu melicinkan perjalanan Majlis.

Terima kasih juga kepada PAS Pusat yang dipimpin oleh Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awangyang memberi kepercayaan kepada kami melaksanakan program dan tanggungjawab besar ini.

PAS Perak juga memohon kemaafan andai ada kelemahan dan kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Kami juga memohon maaf kepada pengunjung kerana beberapa menu utama habis  awal walaupun disediakan dengan kuantiti yang banyak.

Sekali lagi PAS Perak mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan majlis samada secara langsung atau tidak. Terima kasih juga kepada pengunjung yang tak putus putus hadir hingga penghujung majlis. Semoga majlis tersebut berjaya menyatukan kita semua di samping memupuk semangat toleransi kaum.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
Merangkap Setiausaha Sambutan Aidilfitri – HARAKAHDAILY 31/5/2022

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -