Ibadat puasa tidak kurang produktiviti kerja

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Pekeliling jadual bekerja bagi kakitangan kerajaan Kedah sepanjang Ramadan ini bermula jam 7.30 hingga 4 petang dan 9 pagi hingga 6 petang.

Menteri Besar Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, jadual waktu kerja fleksibel tersebut wajar dipatuhi semua kakitangan kerajaan negeri.

- Advertisement -

“Saya berharap semoga kakitangan terus produktif bekerja walaupun sedang menjalani ibadat puasa. Ibadat puasa bukan bermakna mengurangkan produktiviti, sebaliknya menjadi motivasi untuk menggandakan usaha.

“Marilah kita mengambil kesempatan tawaran Allah SWT sama ada untuk diri, jiwa dan jasad sebagai persiapan diri menghadapi hari perhitungan nanti.

“Mudah-mudahan kita beroleh ketaqwaan di sisi Allah. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak,” katanya pada perutusan sempena sambutan 1 Ramadan semalam.

Menurutnya juga Ramadan merupakan madrasah terbaik untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Oleh itu katanya umat Islam yang berada di mana sahaja disaran merebut peluang kehadiran Ramadan kali ini dengan meningkatkan ketaqwaan terhadap Allah SWT.

“Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik sepanjang kehidupan kita kerana kemungkinan ia adalah Ramadan terakhir buat kita,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 4/4/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -