Perbincangan awal mengenai Metaverse

- Advertisement -

DI MUSIM banjir ini, saya nak bawa kepada anda satu perbincangan mengenai Metaverse yang dipelopori oleh Mark Zuckerberg.

Secara sejarahnya, apa yang diusahakan oleh beliau bukanlah satu perkara yang sangat ajaib. Ia adalah lanjutan perkembangan teknologi semasa.

- Advertisement -

Contohnya pembangunan visual 3D yang sudah sekian lama. Kemudian pembangunan watak Avatar, iaitu kartun di alam maya yang boleh berinteraksi dengan manusia. Dan lain-lain.

Cumanya, Metaverse yang wujud pada hari ini, bagi saya satu ‘usaha’ untuk merealitikan maya, atau me’maya’kan realiti. Perantaraannya ialah VR Headset, dan segala ‘perkakas’ digital. 

Realiti ini kita boleh fahami dengan:

Pertemuan fizikal semakin minima, beralih kepada pertemuan secara maya yang lebih ‘real’ berbanding Zoom. Jika susah nak bersemuka, masuk dalam Metaverse dan boleh jumpa member di alam sana secara berdepan 

Kegilaan terhadap dunia digital semakin mencanak. Kalau hari ini pun sudah wujud ketagihan terhadap handphone,boleh fikir ketagihan yang lebih canggih dari itu.

Nak pergi market, tak perlu lagi guna Shopee atau Lazada seperti hari ini. Sebaliknya, boleh masuk ke dalam alam Metaverse ini, dan boleh pergi ke hyper market, dan pilih barang di sana. Kemudian, barang itu akan dipos seperti biasa

Nak pergi wayang, tak perlu lagi bersusah payah jaga SOP dan penjarakan, masuk Metaverse dan boleh jalan-jalan di bandar, dan ajak masuk wayang. Contohnya;

https://www.facebook.com/kamarul.zaman.54/videos/3379960385371017/?d=n

Hubungan lelaki perempuan, rasanya tak perlu sembang. Boleh faham sendiri. Tak dapat berkawan di alam fizikal, maka anak-anak muda akan mencari kawan di alam maya. Bahkan, lebih dari itu.

Jalan raya mungkin akan menjadi lengang. Keperluan terhadap kenderaan mungkin sangat minima. Semuanya beralih kepada kenderaan maya yang dijual di Metaverse. Masuk Metaverse, naik kereta secara maya, dan pergi ke mana yang kita suka.

Lot-lot kedai dan tanah pun mungkin akan dijual di Metaverse. Rumah-rumah kedai yang ada hari ini pula, mungkin akan sepi daripada pengunjung. Para penjual akan pos sahaja barang yang di’order’ di Metaverse

Jual tanah di Metaverse;

https://www.google.com/amp/s/amp.suara.com/tekno/2021/12/21/152824/ikuti-tren-teknologi-cara-membeli-tanah-di-metaverse

Sekolah-sekolah mungkin akan berpindah secara maya. Nak ke sekolah hanya perlu sarungkan VR Headset, kemudian pakai baju sekolah di dalam Metaverse, naik bas sekolah di situ, dan masuk sekolah pun di situ.

Mungkin juga haji dan umrah pun dilakukan secara maya. Hari ini sudah pun ada kursus umrah atau haji secara maya. Boleh layari;

https://www.facebook.com/beritamediacorp/videos/723037711410614/

Kuliah di masjid, mungkin bukan lagi di masjid. Masuk dalam Metaverse, mungkin Ustaz-ustaz juga akan buat kelas secara ‘fizikal’ di Metaverse sana.

Cuba fikirkan, kalau dulu sudah ada orang menjadi gila sebab mencari avatarnya di dunia realiti. Dulu pun sudah ada yang mati kerana mengejar Pokemon Go. Akan datang ini, tak tahulah.

WaLlahua’lam.

*Hasil perbincangan dengan Arif Latiff

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL
4 Januari 2022 – HARAKAHDAILY 4/1/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000953077134/posts/6692630077445362/

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -