Polis buru 6 lelaki bantu siasatan kes bunuh

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Polis Kelantan memburu enam warga tempatan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga asing yang ditemui terbaring berhampiran Jeti Yee Trading, Tok Bali awal bulan ini.

Ketua Polis Kelantan Dato Shafien Mamat berkata, individu-individu terbabit berumur antara 17 hingga 28 tahun yang berasal dari Kampung Haji Wan Omar Semerak telah melarikan diri dan bersembunyi.

- Advertisement -

Katanya enam rakan suspek telah pun ditahan bagi membantu siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Azmir Damiri dan ASP Ediansha Endal di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh (IPD) di sini, hari ini.

Mohd Azmir dinaik pangkat kepada Supt menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Tumpat manakala Ediansha sebelum ini Ketua Balai, di Balai Polis Kubang Krian dinaikkan pangkat DSP sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Puteh.

Shafien berkata, keenam-enam suspek Muhammad Zulkpile Udin, 26, Mohammad Farhiman Ismail, 22, Muhamad Mustaqimiey Abdul Jais, 19, Mohamad Faris Ismail, 17, Muhamad Nazri Yusoff, 25, dan Abdul Kaiyum Awang, 17.

Beliau juga berkata, mangsa dipercayai dipukul di beberapa bahagian badan selepas dituduh cuba memasuki sebuah premis perniagaan sebelum mayatnya dibuang di lokasi tanah lapang dalam keadaan tanpa pakaian dan tiada dokumen pengenalan diri.

“Dalam kejadian itu badan mangsa dipercayai diikat di tiang sebelum dibunuh dan ketika mayatnya dijumpai kedua belah kakinya masih diikat dengan tali,” katanya.

Katanya, polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat bagi membantu polis dengan menyalurkannya di mana suspek berada di balai polis berhampiran atau hubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Khairuddin Ahmad Haris di IPD Pasir Puteh.

Shafien turut mengingatkan orang ramai jangan bertindak melampaui undang-undang jika didapati salah laku seseorang sebaliknya melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan mengikut udang-undang. – HARAKAHDAILY 20/11/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -