Agong berkenan Muhyiddin jalan tugas PM sementara

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Dato’ Pengelola Bijaya Diraja lstana Negara, Dato’ lndera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ini selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Seri Paduka Baglnda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baglnda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

- Advertisement -

Ini, katanya susulan daripada peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Muhyiddin pada sesi menghadap di Istana Negara yang berlangsung selama 30 minlt bermula dari jam 12.30 tengah harl tadi.

Menurutnya, pada sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa pada hari lni.

Tambahnya, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020 khususnya dalam memerangi pandemlk Covid-19.

Sebelum itu, jelasnya Serl Paduka Baginda turut berkenan menerlma menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zukl Ali, Peguam Negara, Tan Sri ldrus Harun dan Pengerusi Suruhanjaya Pllihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh pada jam 11.00 pagl di Istana Negara.

Beliau berkata, selaku Ketua Utama Negara, Seri Paduka Baglnda memahaml dan menghormati sistem dan proses perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh Muhyiddin berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang.

Menurutnya lagi, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa sehingga 10 Ogos lalu, daripada sejumlah 613 kawasan Dewan Undangan Negeri, sebanyak 484 kawasan (79 peratus) adalah zon merah Covid-19.

“Pada masa yang sama, Seri Paduka Baginda turut mengambil maklum bahawa fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang memblmbangkan,” jelas beliau dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya pada hemat Seri Paduka Baginda, pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.

Beliau menambah, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar kemelut polltik yang berlarutan tanpa kesudahan yang lelah mengganggu kelancaran tadbir urus negara ini dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam oleh pandemik Covid-19.

“Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menyeru seiuruh rakyat agar bertenang dan bersama Baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhl dari sebarang musibah dan wabak Covid-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 16/8/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -