Kolej Tahfiz Sains terbaik STAM 2020 sekolah YIK

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas muncul antara sekolah terbaik Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi kategori Maahad Kawalan pada peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020.

Kolej berkenaan memperolehi gred purata sekolah (GPS) 2.14 peratus.

- Advertisement -

Turut mengungguli kedudukan terbaik kategori Maahad Kawalan ialah Maahad Muhammadi Perempuan dengan GPS (2.43) dan Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat di tempat ketiga dengan GPS (2.52).

Manakala Maahad Muhammadi Pasir Pekan menduduki tempat pertama kategori Maahad Pilihan dengan GPS (2.99) diikuti Maahad Muhammadi Pasir Mas (3.05) dan Maahad Rahmaniah Kuala Krai (3.29).

Bagi Maahad Kerajaan pula didahului Maahad Syamsul Maarif Lelaki (3.36), Maahad Syamsul Maarif Perempuan (3.42) dan Maahad Al Sabirin Ayer Lanas (3.52).

Kategori Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Bantuan pula iaitu SMU (A) Meheliah Geting dengan GPS (3.04), diikuti SMU (A) Tarbiah Mardhiah Panchor (3.63) dan SMU (A) Azhariah Melor (3.74).

Sementara itu, pelajar Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Muhmmad Haiqal Hakimi Malek muncul pelajar terbaik Yayasan Islam Kelantan peperiksaan STAM 2020 apabila memperolehi 10 Mumtaz.

Empat lagi pelajar memperolehi pangkat mumtaz, Muhammad Nasron, Muhammad Amnan Hazimi Che Mat, Juwairiyah Sofeah Mohd Saa’ufi dan Siti Nor Aisyah Zainudin.

Keempat-empat pelajar berkenaan masing-masing dari Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan Maahad Muhammadi Saniah.

Seramai 1,582 pelajar YIK menduduki peperiksaan STAM bagi tahun 2020.

Peratus kelulusan mengikut pangkat 54.87 peratus berbanding 65.24 peratus bagi tahun 2019 iaitu menurun sebanyak 10.37 peratus.

Pencapaian kecemerlangan pangkat mumtaz secara keseluruhannya seramai 63 pelajar, jayyid jiddan (233 orang), jayyid (489), maqbul (83) dan rasib (714). – HARAKAHDAILY 5/7/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -