Tabung #Aid4Palestine terkini hampir cecah RM10 juta

#Aid4Palestine
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM9,926,722.96 berjaya dikutip sebagai sumbangan ke Tabung #Aid4Palestine setakat hari kelapan kempen tersebut semalam sebagaimana diisytiharkan oleh sekretariatnya jam 8:15 pagi ini.

Jumlah terkumpul tersebut adalah RM8,034,804.96 daripada semua PAS Negeri dan Dewan-dewan, serta oleh 143 NGO gabungan #Aid4Palestine sebanyak RM1,891,918 setakat kutipan diumumkan lewat malam tadi.

Penyumbang terbesar adalah PAS Negeri Terengganu dengan jumlah RM2,548,592.54 diikuti PAS Kedah yang masih kekal dengan RM1,647,557.10 di mana sedang melangsungkan pula kutipan fasa seterusnya.

PAS Pahang menokok jumlah kepada RM712,187, diikuti PAS Pulau Pinang (RM437,287) dan PAS Perak (RM398,608), manakala PAS Johor (RM274,373), PAS Selangor (RM245,075.50) dan PAS Wilayah Persekutuan (RM115,285).

PAS Melaka dan PAS Negeri Sembilan kekal RM60,000 dan RM54,971, sementara PAS Sabah meningkat kepada RM52,383 dan PAS Perlis turut kekal RM28,016, begitu juga Dewan Pemuda kekal RM120,000 dan Dewan Muslimat bertambah kepada RM150,000.

PAS Negeri Kelantan dan Dewan Ulamak PAS bagaimanapun masih merahsiakan jumlah kutipan, sementara akaun Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief telah menerima RM1,160,435.82 mewakili PAS Pusat.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS mensasarkan kutipan RM1 juta bagi fasa pertama dan kedua hingga 30 Syawal ini semasa pelancaran #Aid4Palestin, 12 Mei lalu.

Bagaimanapun, kempen ini mendapat sokongan memberangsangkan termasuk permulaannya dianggotai 42 NGO sebagai gabungan, tetapi telah terhimpun sebanyak 143 NGO setakat semalam.

Dijangka, dengan kebanyakan rakyat Malaysia mulai menerima gaji bulanan pada semalam dan minggu hadapan, angka kutipan akan meningkat dengan lebih banyak lagi bagi kempen solidariti dan kemanusiaan ini.

Para dermawan diseru agar sumbangan dibuat menerusi akaun Maybank 5640 7061 4481 (Tabung Kemanusiaan PASRelief) atau https://pasrelief.onpay.my/order/form/gaza dengan rujukan ‘Aid4Palestine’.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian ‘hotline’ 011-2077 5802 atau layari Facebook rasmi PASRelief di https://web.facebook.com/pasrelieff. – HARAKAHDAILY 21/5/2021

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -