
WANITA adalah makhluk yang Allah ciptakan penuh keistimewaan dan kelebihan. Islam sangat mengangkat martabat wanita dan kedudukannya di sisi agama lebih-lebih lagi wanita solehah.
Nabi S.A.W pernah bersabda:
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
(Riwayat Muslim)
Bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut saban tahun pada 8 Mac, penghargaan kepada golongan wanita di segenap lapisan masyarakat ini sangat bermakna. Peranan wanita tidak dapat disangkal lagi. Para wanita yang memegang pelbagai watak seperti isteri, ibu, anak, kakak, nenek, dan pelbagai lagi, anda adalah wanita yang sungguh hebat.
Dewan Muslimat PAS Malaysia menzahirkan rasa terharu kerana wanita juga turut berkecimpung dalam arena politik negara dan peranan wanita Muslimah khususnya dalam pentas dakwah tanah air sangat memberi impak besar di tengah masyarakat amnya yang memerlukan figura ikon contoh sebagai rujukan.
Semoga kalian para wanita terus cekal dan bersemangat mendepani hari mendatang dan percayalah kasih sayang dan panduan beragama adalah kekuatan sebenar kalian.
“Wanita Bangkit Mendepani Cabaran”
“Hari Wanita Sedunia”
“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”
YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Mac 2021 bersamaan 24 Rejab 1442H – HARAKAHDAILY 8/3/2021
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!