5,351 penderma setakat 17 Jan, AMBD lepasi sasaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kempen derma darah Amal Mega Blood Donation (AMBD) anjuran Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah berjaya melebihi sasaran 5,000 penderma.

Program yang dijalankan seluruh Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara ini telahpun merekodkan seramai 5,351 penderma setakat penganjuran pada 17 Januari kelmarin.

Kempen yang bertujuan sebagai khidmat kebajikan dan meninggikan kesedaran awam terhadap pendermaan darah ini bagaimanapun masih berterusan sehingga hujung bulan ini.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin dalam ulasannya berharap kempen seperti ini menjadi fenomena diberi komitmen oleh pelbagai pihak untuk menjayakannya.

Terutama katanya, dalam kalangan anak muda kerana ianya melibatkan satu kebajikan penting yang berkaitan nyawa, sekali gus membantu operasi pihak hospital terhadap keperluan tersebut.

“Demi untuk meneruskan kelangsungan hidup dan mengurangkan kadar kematian akibat kekurangan darah, Jabatan Amal Malaysia melaksanakan program ini menderma darah berskala besar di seluruh negara,” ujarnya.

Program dicetuskan beliau ini berikutan kekurangan darah yang berlaku di seluruh negara di mana ia penting dalam penyelamatan dan keperluan kecemasan di hospital seluruh negara.

HIngga kelmarin, telah berlangsung Amal Mega Blood Donation ini di 61 lokasi seluruh negara dan bakal berlangsung lagi di Kelantan, Terengganu dan Selangor.

Orang ramai juga boleh menyokong usaha ini menerusi sumbangan kepada Jabatan Amal Malaysia dengan disalurkan ke akaun Bank Islam 14014010133669. – HARAKAHDAILY 19/1/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -