| Tips Ramadan : Masyarakat 'nyah-peka' tragedi Nurin, Sharlinie |
|
Azamin Amin
Thu | Sep 03, 09 | 1:16:48 pm MYT |
|||||||
|
Tahun ini merupakan Ramadan yang ketiga, si comel Nurin Jazlin Jazimin meninggal dunia pada 17 September 2007 setelah dia hilang, diculik lalu dibunuh kejam.
Kisah ini cukup sakit dan mengerikan. Menyusul pula, tragedi kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, yang tiada khabar berita sehingga kini. Nama-nama dan wajah-wajah tidak berdosa ini, masih segar diingatan namun setakat manakah kisah pilu ini menjadi pengajaran? Atau sekadar takut dan waspada bermusim sahaja jadi pegangan. Lihatlah keliling-kelalang betapa ramai yang alpa dan acuh tidak acuh dengan keselamatan anak-anak mereka ketika berada di luar. Buktinya, lihat sendiri di pasar raya, pusat membeli belah, pasar malam atau bazar Ramadan. Betapa ramai yang 'berenggang' dengan anak-anak, malah ada yang tercicir di belakang, mengekori ibu ayah yang leka membeli. Lebih dukacita, ada yang sanggup meninggalkan anak di rumah atau dalam kereta tanpa pengawasan sesiapa. Senario itu, berubah seketika pada 20 Ogos 2007, tatkala Nurin hebah diculik sewaktu pergi ke pasar malam berdekatan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Masyarakat mula berhati-hati saat itu. Kemudian Syarlinie, kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun telah dilaporkan hilang di Taman Medan, PJS2, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi, 9 Januari 2008. Sharlinie atau Nini telah hilang semasa bermain bersama-sama kakaknya Sharliena 8 tahun di taman permainan yang terletak 200 meter dari rumah mereka.
Hanya waktu itu sahaja, ketika kes culik dan hilang memuncak, masyarakat benar-benar 'prihatin' dan sikap tidak pernah melepaskan genggaman telapak tangan anak cukup menarik perhatian. Saat itu, pelbagai nasihat dan saranan dicurahkan pada anak, agar menjauhi oarang yang dicurigai, malah setiap gerak geri si kecil ini, sentiasa ayah ibu awasi. Namun, ianya tidak berkekalan, apabila sikap 'tidak apa' kembali wujud dalam diri masayarakat. Anak-anak kini bermain sesuka hati di mana-mana sahaja, tanpa sesiapa pun peduli. Ketika ghairah membeli atau bercuti, anak-anak kecil tidak berdosa ini, selalu tercicir sendiri. Perkara ini diakui sendiri oleh Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim yang melihat masyarakat sudah mula 'nyah-peka' dan tidak menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan anak-anak mereka. "Mula-mula, masyarakat tersedar dari tidur, kemudian...mereka kembali semula kepada pemikiran konservatif dan asal, iaitu, setiap kejadian hilang dan culik hanya akan berlaku kepada orang lain, bukan kepada diri mereka sendiri. "Sebenarnya, kalau kita tidak berhati-hati walaupun sesaat...maka sesaat itulah yang diperlukan oleh penjenayah untuk melakukan kerja mereka. "Dan kita yang sebenarnya mencipta ruang jenayah kepada penjenayah. Sejujurnya, tahap kesedaran keselamatan masyarakat masih tidak berubah dan membimbangkan," katanya ketika ditemubual oleh Harakahdaily sebentar tadi. Beliau yang begitu ramah dalam perbualan, senantiasa terbuka untuk mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengannya berkongsi maklumat, pengalaman dan tips bagi mengelakkan kejadian jenayah berlaku.
"Setakat yang aktif ialah An-Nisa, yang sentiasa menjemput dan mengadakan program. Badan-badan lain khususnya pertubuhan politik masih lagi dingin terhadap kursus, seminar dan dialog pencegahan jenayah. "Saya berharap, langkah-langkah pencegahan jenayah ini, melepasi sempadan politik dan kepartian kerana ianya untuk keselamatan masyarakat sejagat dan harapan saya ini akan berubah," kata Kamal (gambar) yang begitu padat dengan jadual aktiviti jemputan taklimat pencegahan jenayah. Berikut adalah Tips mengesan dan mengelak kejadian penculikan dan kehilangan kanak-kanak oleh Kamal buat ibu bapa dan masyarakat supaya semua pihak mengetahui langkah-langkah 'Standard Operation Prosedure' (SOP) untuk mengesan dengan segera atau menemui mangsa penculikan dalam jangka masa terdekat seterusnya menyelamatkan nyawa mereka. Berikut adalah antara tips dan langkah-langkah pencarian segera mangsa culik:- Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak
Dua jam kemudian
Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa jenayah
Lokasi mudah penculikan
Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh
(Sebarang pandangan dan kritikan, bolehlah dimajukan kepada saya di Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) _________________________ KOMEN PEMBACA _________________________ 1. hATI-hati kepada ibu bapa...jangan terlalu leka shopping raya hingga anak yang dibawa kehilangan dan tak sedar. - Kaki Shopping, Jalan Masjid India KL. 2. Penjenayah sebegini patut dihukkum semaksimum oleh mahkamah, lebih elok segerakan hukum hudud, baru serik penjenayah. - Hamba Allah, PJS.<.i> 3. Harap sesiapa atau Harakahdaily dapat menjadikan tip-tip di atas dalam bentuk poster agar pembaca dapat cetak dan sebarkan di serata tempat. - Detektif Kampung, Batang Berjuntai. 4. Syabas Sdr Kamal, moga terus memberikan khidmat kepada masyarakat. Parti-parti politik bila lagi nak gerakkan kempen? - Ahli PAS Seumur Hidup,Gombak. 5. Betul kaki shoppingg...jangan dok leka belek baju raya...anak kat sebelah hilang...huiii...kalau pi kat masjid india/masjid jamek...ramai gila orang dok layan sopingg. -Maidin, Klang. 6. Pemergian Nurin dan kehilangan Sharlinie adalah suatu peringatan kepada ibubapa supaya sentiasa peka keadaan sekeliling Jangan dah terkena baru tengadah...thanks for a good info. - Azlina,Seorang Ibu. 7. Pada hari raya selalu sangat kanak-kanak beraya dari rumah kerumah tanpa pengawasan ibu bapa. Mereka keluar secara berkumpulan. Kadang-kala, rumah jiran atau orang yang tidak dikenali juga mereka redah masuk. Budaya meminta duit raya sebegini sangat tidak elok. Lebih mengecewakan lagi, ibu bapa mengambil mudah perkara ini. Ingat, jangan merisikokan nyawa hanya kerana ingin mengumpul duit raya. -Intan, Sg Dua. (Harakahdaily kini akan menyiarkan respon pembaca terhadap semua berita yang tersiar. Sebarang respons untuk berita ini sila alamatkan ke: Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya agar dapat disiarkan) _ |
|||||||