Penarik Beca dilanjutkan tahanan satu malam lagi
Harakahdaily
Thu | Aug 07, 08 | 4:47:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan semalam, dilanjutkan tahanan satu hari lagi.

Iklan
 
 
   

Perkara ini disahkan isteri beliau, Salwa Abdul Samad kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Menurut Salwa, suami beliau ditahan sepasukan empat orang anggota polis sejak kira-kira jam 11 malam semalam di kediaman mereka di Taman Koperasi Polis dekat sini.

Peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin mengesahkan, Abu Bakar dibawa ke pejabat Bahagian Jenayah Perdagangan untuk disoalsiasat di bawah Akta Hasutan.

"Suami menghubungi saya, memberitahu beliau dilanjutkan tempoh tahanan untuk satu malam lagi, katanya polis hendak bersembang-sembang.

"Beliau dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tahanan reman, tetapi ramai kawan-kawan yang menunggu tidak dapat berjumpa dengannya," kata Salwa. - mr/mks. _

 
  Iklan Teks
 

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu