Undian Buletin Utama: 73 peratus setuju pakaian seragam putih dinilai
Azamin Amin
Tue | May 27, 08 | 8:55:46 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam memuji serta merakamkan tahniah kepada Hal Ehwal Wanita Islam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kerana berani memberikan cadangan yang bernas kepada langkah-langkah pencegahan jenayah seksual terhadap golongan pelajar sekolah.

Iklan
 
 
   

Ketua Muslimat PAS Kawasan Shah Alam, Ustazah Faridah Korib berkata cadangan itu supaya pemakaian baju kurung berwarna putih untuk pelajar-pelajar perempuan dinilai semula oleh Kementerian Pendidikan kerana dilihat boleh menarik keinginan penjenayah seksual kerana material kain berwarna putih yang jarang.

Katanya walaupun secara dasarnya Muslimat Pas Kawasan Shah Alam berpendapat bahawa keseluruhan sistem pendidikan di Malaysia perlu diberi penilaian semula agar dapat diterapkan cabang kerohanian dan keagamaan kepada pelajar-pelajar, katanya.

"Sekurang-kurang pertubuhan pelajar Islam itu menunjukkan keperihatinan mereka kepada masalah di dalam masyarakat dan tidak hanya mengutarakan masalah di dalam kampus semata-mata.

"Undian di dalam Buletin Utama menunjukkan 73% masyarakat Malaysian bersetuju dengan pendapat PKPIM.Oleh itu amat wajar Kementerian Pendidikan membuat satu penilaian terhadap saranan PKPIM memandangkan masyarakat sendiri bersuara," katanya dalam satu kenyataan.

Sungguhpun begitu Faridah kesal dengan sikap Menteri Pendidikan Dato' Seri Hishamuddin Husein Onn yang kelihatan hanya mengambil perkara tersebut sebagai remeh apabila ditanya oleh wartawan. _

Iklan Premium B Iklan Premium C
Iklan Teks Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu