Pelesit: 300 superbike 'serang' TV3

| .

 

(Antara penunggang superbike yang berhimpun menuju pejabat TV3 dengan memakai T-shirt Penipuan Majalah 3)

 

KUALA LUMPUR: Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi berkumpul di hadapan Sri Pentas-Media Prima Berhad (MPB), Ahad lepas untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan “Kami bukan pelesit”, “Get out Mazidul” dan “Kami sayang TV3”.

Laporan lanjut Harakah Jumaat ini.


Share on Myspace