Pembalakan bukan punca banjir di Chuchuh Puteri

Ustaz Ahmad Yakob melakukan semburan paip Bomba.
- Advertisement -

TUMPAT: Kerajaan Kelantan menafikan kejadian banjir yang berlaku di Chuchoh Puteri, Kuala Krai baru-baru ini disebabkan kegiatan pembalakan.

- Advertisement -

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, aktiviti pembalakan yang diluluskan Jabatan Perhutanan di luar kawasan Hutan Simpan Sungai Rek.

“Kita mendapat penjelasan daripada Pejabat Perhutanan. Pembalakan yang dilulus lesen di luar kawasan Sungai Rek yang terbabit dengan banjir baru-baru ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berkhatan Perdana anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Pasir Pekan hari ini.

Hampir 100 kanak-kanak di Dun berkenaan menyertai program berkhatan tahunan itu.

Ahad lepas banjir menenggelamkan lebih 300 rumah penduduk di Chuchuh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek.

Menurut penduduk limpahan sungai berlaku akibat hujah lebat di Hutan Simpan Lata Rek yang bersempadan dengan Kampung Keruak Jertih, Terengganu. – HARAKAHDAILY 6/12/2019

- Advertisement -