‘Back to School’ DUN Beserah bantu 750 pelajar

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Pusat Khidmat DUN Beserah telah mengadakan program Pelancaran Bantuan Persekolahan Back To School kepada anak-anak yatim dan miskin seramai 750 orang di Pasaraya Sakan Balok, di sini semalam.

- Advertisement -

Menurut ADUN Beserah, Andansura Rabu, program bagi tahun ketujuh ini diadakan pada setiap tahun, di mana tahun lalu hanya 600 penerima, namun meningkat tahun ini dengan pertambahan seramai 150 penerima lagi.

Maklum beliau, setiap pelajar mendapat baucer bernilai RM100 seorang, berupa barangan kelengkapan persekolahan berbanding tahun lepas hanya RM70 seorang kerana kos barangan yang telah meningkat.

“Pusat Khidmat DUN Beserah pada tahun ini telah melancarkan kutipan daripada individu-individu, syarikat-syarikat perniagaan dan ahli-ahli korporat, dan alhamdulillah telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat yang sangat prihatin.

“Namun sumbangan masih diperlukan kerana masih ada lagi rayuan dari golongan miskin, anak yatim atau ibu tunggal yang kebanyakannya berpendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan,” ujarnya lagi.

Selain dari ibu bapa dan kanak-kanak, turut hadir juga adalah Ahli Korporat Korperasi Makmur Gold yang turut sama sebagai penyumbang program ini. – HARAKAHDAILY 6/12/2019

- Advertisement -