RUU IPCMC patut ditarik balik

- Advertisement -

RUU IPCMC yang sepatutnya dibahaskan semalam di Dewan Rakyat tidak sewajarnya ditangguhkan malah sepatutnya ditarik balik tanpa perlu menunggu ke sidang akan datang.

- Advertisement -

Hal ini kerana, saya berpandangan kewujudan undang-undang ini menyebabkan pemusatan kuasa yang pada asalnya diberikan kepada Polis Diraja Malaysia namun setelah diwujudkan rang undang-undang ini, maka kuasa PDRM berpusat di bawah IPCMC. Ini bermakna, kuasa IPCMC lebih tinggi berbanding PDRM.

Selain itu, penubuhan IPCMC ini juga menyebabkan pertindihan kuasa akan berlaku. Hal ini kerana Fasal 25 (e) yang memperuntukan kuasa siasatan Suruhanjaya untuk menyiasat kesalahan rasuah dan jenayah adalah bertindih dengan bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan PDRM.

Jelas sekali, semua pertindihan ini melampaui Mukaddimah RUU IPCMC ini yang hanya yang memberi kuasa menyiasat kesalahan salah laku sahaja.

Justeru saya menolak sekeras-kerasnya RUU IPCMC dan meminta Kerajaan segera menarik balik RUU IPCMC bukan dengan menangguh ke sesi depan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 5/12/2019

- Advertisement -