PROTAPAS ‘tarbiyah dari rebung’

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Jabatan Pembangunan Remaja (JPR) Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Program Tarbiah Anak Ahli PAS (PROTAPAS) bertempat di Markas Tarbiyah Pongsu Seribu, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Antara matlamat program tersebut ialah melahirkan generasi pelapis bagi meneruskan perjuangan Islam yang telah dimulakan oleh ibu-bapa mereka di mana kem ini juga dapat mewujudkan kefahaman dan ikatan ukhuwah antara anak-anak ahli PAS.

Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini memberi pelbagai pengisian antaranya Akidah Muslim yang disampaikan Naqib ARC Pulau Pinang, Ustaz Hambali Zulkifli dan Perkara Membatalkan Akidah disampaikan Timbalan Pengarah SRITI Pulau Pinang, Ustaz Amarul Faizal.

Manakala tajuk Konsep Ibadah disampaikan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Ustaz Farid Hamdi Redzuan, manakala, Akhlak Islam oleh Timbalan Mudir SRITI Al-Qawam, Ustaz Fairuz Md Yasin. 

Peserta juga diberi pendedahan berkaitan Nabi Muhammad Tokohku yang disampaikan Exco Ameerah Malaysia, Ustazah Siti Mastura Mohammad.

Selain pengisian berbentuk ceramah, peserta juga didedahkan dengan modul-modul yang membawa kefahaman dan kecintaan kepada Islam, selain aktiviti riadah seperti Kawad kaki dan senam jundi turut dilaksanakan dengan bimbingan Jabatan Amal Pulau Pinang.

Program yang telah dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden ini telah disertai hampir 80 peserta lelaki dan perempuan dalam kalangan anak pimpinan dan ahli PAS. – HARAKAHDAILY 4/12/2019

- Advertisement -