Ulamak anjur bengkel khas lahirkan penyelidik ‘Alimat

- Advertisement -

GOMBAK: Lajnah ‘Alimat dan Pembangunan Keluarga (LAPK) Ulamak PAS Pusat telah menganjurkan Bengkel Metodologi Penyelidikan Ilmiah bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Bengkel ini telah dihadiri peserta dari beberapa negeri yang terdiri daripada ‘Alimat yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Pengerusi LAPK Ulamak PAS Pusat, Ustazah Ana Mastura Ismail berkata, antara objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai proses penyelidikan di samping meningkatkan kemahiran ‘Alimat terhadap kaedah penyelidikan terkini.

“Saya mengharapkan para peserta dapat memanfaatkan hasil daripada bengkel ini dengan sebaiknya supaya kita dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan tersusun.

“Selain itu, kita hendaklah selalu mempergiat kajian sebagai satu metod perkembangan ilmu yang dapat melancarkan urusan dakwah kepada masyarakat,” seru beliau memberi motivasi agar para peserta terus bersemangat menjalankan kajian.

Sementara pengisian bengkel telah dikendalikan oleh Dr Abdul Fattah Yusof dengan membentangkan dua kertas kerja iaitu’ Teori Metadologi Penyelidikan’ dan ‘Praktikal Penulisan Hands-on‘.

Susulan daripada bengkel tersebut, para peserta akan dikumpulkan melalui grup Penyelidik ‘Alimat yang akan diberi bimbingan berterusan untuk menghasilkan penyelidikan dalam pelbagai bidang mengikut keperluan semasa PAS. – HARAKAHDAILY 2/12/2019

- Advertisement -