Kelantan United juara Liga M3

- Advertisement -

- Advertisement -


KOTA BHARU: Kelantan United FC muncul juara Liga M3 2019 apabila terikat 2-2 dengan Armed Forces FC pada perlawanan akhir di Stadium KLFA, Cheras, malam tadi.


Kelantan United FC mengumpul 66 mata selepas 26 perlawanan, manakala Kuching FA berada di kedudukan kedua namun masih berbaki dua lagi perlawanan.


Pada perlawanan malam tadi skuad kendalian Zahasmi Ismail bermula garang apabila mendahului satu gol pada akhir babak pertama melalui sentuhan penjaring terbanyak Fakhrul Zaman.


Kelantan United FC berada dalam kedudukan lebih selesa apabila pada minit ke-47 tandukan kencang Faizol Nazlin dalam kotak penalti hasil sepakan sudut Badri Radzi menggegarkan gawang lawan.


Bagaimanapun Armed Forces FC bangkit merapatkan jurang pada minit ke-58 melalui Mohamad Hanafi Azizan.


Ditambah pula hantaran Rafizol Roslan pasukan itu akhirnya berjaya menyamakan kedudukan. Kesudahannya United FC dinobat sebagai juara edisi pertama Liga M3 dan layak ke Liga Premier 2020.

- Advertisement -